Deskripsi Tugas:
Sebagai Juruteknik Jentera Pertanian, anda akan bertanggungjawab dalam kerja-kerja penyelenggaraan, pemeriksaan, diagnosis, dan pembaikan ke atas jentera pertanian seperti traktor, mesin menuai, dan mesin pertanian yang lain. Anda juga akan memberi sokongan teknikal kepada pelanggan serta memastikan jentera sentiasa dalam keadaan selamat dan beroperasi dengan cekap.
Tanggungjawab Utama:
- Menjalankan penyelenggaraan rutin ke atas jentera seperti pelinciran, pelarasan dan pembersihan komponen.
- Mendiagnosis kerosakan mekanikal, elektrik, dan hidraulik menggunakan peralatan moden.
- Melaksanakan pembaikan dan menggantikan bahagian jentera yang rosak.
- Menyimpan rekod kerja pembaikan, pemeriksaan dan penggunaan alat ganti.
- Memberi sokongan teknikal kepada pengguna dan menjalankan pembaikan di lokasi jika perlu.
- Memastikan semua kerja mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti.
Kelayakan & Keperluan:
- Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1-2 tahun dalam bidang pembaikan jentera pertanian (diutamakan).
- Pengetahuan mendalam tentang sistem enjin, hidraulik, elektrik, dan elektronik jentera.
- Kemahiran menyelesaikan masalah dan bekerja secara berdikari.
- Boleh bekerja di luar kawasan (on-site) dan mempunyai lesen memandu (GDL adalah satu kelebihan).
Kemahiran Tambahan:
- Cekap menggunakan peralatan diagnostik dan manual teknikal.
- Mampu bekerja dalam pasukan serta berkomunikasi dengan baik.
- Fizikal yang sihat dan mampu bekerja dalam persekitaran ladang.
Benefits:
- Opportunities for promotion
- Professional development
Experience:
- technician tractor / mesin padi/ mesin pertanian : 1 year (Preferred)