Gambaran Syarikat
Syarikat ini terlibat dalam bidang kejuruteraan tepat dan pembuatan komponen berkualiti tinggi. Mereka komited kepada inovasi dan ketepatan dalam setiap produk untuk memenuhi keperluan pelbagai industri.
Tanggungjawab:
- Memandu lori untuk hantar barang ke lokasi yang ditetapkan, memastikan penghantaran tepat waktu dan selamat.
- Membantu memuat dan memunggah barang, memastikan barang diurus dan dipasang dengan betul.
- Membuat pemeriksaan lori sebelum dan selepas perjalanan bagi memastikan lori dalam keadaan baik. Melaporkan sebarang masalah atau kerosakan.
- Merancang laluan berdasarkan jadual penghantaran, keadaan trafik dan sekatan jalan untuk tingkatkan kecekapan.
- Merekodkan penghantaran, jarak pemanduan, penggunaan minyak dan sebarang kejadian atau kelewatan semasa perjalanan.
- Mengikut semua undang-undang jalan raya, polisi syarikat dan peraturan keselamatan. Memastikan patuh pada peraturan pengangkutan dan bahan berbahaya.
- Berinteraksi dengan pelanggan secara profesional, menjawab soalan atau kebimbangan berkaitan penghantaran.
- Mengekalkan kebersihan lori dan memastikan penyelenggaraan dilakukan secara berkala. Melaporkan masalah mekanikal dengan segera.
Kelayakan:
- Mempunyai Lesen GDL Kelas E Full yang sah.
- Pengalaman sekurangnya 2 tahun keatas.
- Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris yang asas.
- Mahir menggunakan GOOGLE MAP & WAZE.
- Tempat bekerja berada di Telok Gong, Port Klang.
- Waktu Bekerja: Isnin-Jumaat, 8.00am to 5.30pm; Sabtu 8.00am to 1.00pm.
Interested candidates please send your resume or call us at 017-3188539.