RR Axis Advisory Sdn Bhd merupakan syarikat perkhidmatan pengurusan dan khidmat nasihat korporat yang menjalankan aktiviti berkaitan perakaunan, percukaian, kesetiausahaan korporat, pematuhan, pengurusan korporat serta khidmat nasihat perniagaan.
RR Axis Advisory berbangga memberikan perkhidmatan kepada lebih 250 pelanggan korporat aktif di Malaysia dan juga di peringkat global, merangkumi pelbagai industri termasuk perdagangan, pembinaan, perkhidmatan profesional, pembuatan dan teknologi. Kepelbagaian kepakaran serta komitmen pasukan kami telah meletakkan firma sebagai pusat sehenti penasihat korporat yang diyakini untuk perniagaan pelbagai saiz.
RR Axis Advisory Sdn Bhd diterajui oleh barisan profesional muda dan dinamik, dengan kekuatan tenaga kerja semasa seramai lapan (8) orang yang menyokong fungsi-fungsi utama operasi syarikat.